fb fb fb fb fb

Uzbekistan, Jordan cipta sejarah layak ke piala dunia buat kali pertama

Penyokong Jordan bersorak menyaksikan aksi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 menentang Oman di skrin besar di Dewan Prince Hamza, Amman/Foto AFP

AMMAN, 6 Jun - Uzbekistan dan Jordan mencipta sejarah apabila layak ke Piala Dunia buat kali pertama, manakala Korea Selatan meneruskan rekod cemerlang dengan penampilan ke-11 berturut-turut dalam kejohanan itu.

Uzbekistan mengesahkan tempat selepas seri 0-0 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, sekali gus menduduki tempat kedua Kumpulan A.

Iran yang layak terdahulu kekal di tangga teratas walaupun tewas 0-1 kepada Qatar.

Sementara itu, Korea Selatan menewaskan Iraq 2-0 di Basra hasil jaringan Kim Jin-gyu dan Oh Hyeon-gyu, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas Kumpulan B.

Jordan yang sebelum itu menang 3-0 ke atas Oman turut mengesahkan tiket ke kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Kejayaan Jordan turut diraikan Raja Abdullah II yang menyifatkan kelayakan itu sebagai pencapaian bersejarah. Penyerang Ali Olwin menjadi wira dengan hatrik dalam perlawanan itu.

Dalam saingan kumpulan yang sama, Iraq di tempat ketiga, manakala Oman dan Palestin masih berpeluang mara ke pusingan keempat kelayakan.

Palestin yang menewaskan Kuwait 2-0 akan bertemu Oman pada aksi terakhir Selasa ini, manakala Iraq bakal menentang Jordan.

Dalam Kumpulan C, Australia kekal di tempat kedua selepas menang dramatik 1-0 ke atas Jepun hasil jaringan Aziz Behich pada minit ke-90 di Perth. Kumpulan itu akan berdepan Arab Saudi Selasa ini dalam perlawanan penentuan automatik.

Arab Saudi mengekalkan peluang dengan kemenangan 2-0 ke atas Bahrain, namun perlu menang dengan beza lima gol ke atas Australia untuk layak terus.

Indonesia kini di tangga keempat kumpulan, satu mata di belakang Arab Saudi.

Ole Romeny menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti yang mencetus kontroversi sebelum tamat separuh masa pertama selepas semakan VAR.

Kekalahan itu menyaksikan China kekal di tangga tercorot dan impian mereka untuk layak ke Piala Dunia buat kali kedua kini terkubur. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN