fb fb fb fb fb

Kuala Lumpur jadi tuan rumah, pusingan pembukaan Kejuaraan Dunia FIM Supercross 2025

Kuala Lumpur jadi tuan rumah, pusingan pembukaan Kejuaraan Dunia FIM Supercross 2025

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Kuala Lumpur telah diumum sebagai destinasi perlumbaan pembukaan bagi kalendar penuh Kejuaraan Dunia FIM Supercross 2025.

Stadium Merdeka buat julung kalinya akan menjadi gelanggang utama perlumbaan di Malaysia yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober nanti.

Ketua Pengarah Eksekutif Data Sukan Sdn Bhd, Shamil Yusof dalam satu kenyataan berkata, beliau amat teruja dengan penganjuran kejuaraan tersebut terutama apabila ibu negara bakal menjadi tempat tumpuan dalam acara penting itu.

Katanya, penganjuran tersebut sekali gus mengangkat nama negara ke mata dunia dengan menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah dalam aktiviti sukan global dan kejuaraan bertaraf dunia.

Tambahnya, penganjuran kejohanan itu juga seiring dengan wawasan kerajaan MADANI untuk meningkatkan acara antarabangsa yang mampan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi pelancongan.

Perlumbaan World Supercross yang pertama kali diadakan di Malaysia akan menjadi satu-satunya perlumbaan di benua Asia, selain empat bandaraya lain dari setiap benua.

Dengan gabungan dinamik bandar ikonik dan destinasi baharu, musim 2025 mengesahkan semula misi 'World Supercross' untuk membawa 'supercross' bertaraf dunia kepada peminat di seluruh dunia.

Musim yang dinanti-nantikan akan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Oktober.

Selepas debut Malaysia ini, tumpuan peminat-peminat SuperCross kemudian akan beralih ke Buenos Aires, Argentina (8 November), Vancouver, Kanada (15 November), Gold Coast, Australia (29 November), dan perlumbaan penutup di Cape Town, Afrika Selatan pada 13 Disember.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE