fb fb fb fb fb

UMT sahut cabaran RLIR 2023

Foto FB UMT

KUALA TERENGGANU, 14 Januari- Pasukan Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyahut cabaran dengan menampilkan dua pasukan di Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2023.

Lebih mencuri tumpuan, pasukan UMT 2 muncul satu-satunya pasukan wanita yang bersaing pada edisi ke-19 ini, bertanding menerusi kelas 'Sports Boat'.

Dibarisi enam pelayar terdiri daripada kakitangan dan pelajar Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim daripada Pusat Latihan Pelayaran UMT sekali gus menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tunggal di Malaysia yang mempunyai pasukan pelayaran.

"Meski latihan kami kurang daripada sebulan tetapi kami yakin boleh beri saingan terbaik dan bawa nama universiti ini ke peringkat lebih jauh. Walaupun kami satu-satunya wakil tunggal IPT, kami akan lakukan sehabis baik," kata Naila Nor Hasan selaku Ketua Pasukan Pelayaran UMT.

RLIR 2023 turut menampilkan satu lagi pasukan lelaki UMT iaitu UMT 1, diketuai jurulatih yang juga bekas pelayar kebangsaan, Ku Anas Ku Zamil.

Sebelum ini, pasukan pelayaran lelaki UMT berjaya meraih tempat ketiga pada Kejohanan Kapal Layar Antarabangsa di Korea Selatan pada November tahun lalu.


(Foto Fail)

Media Baharu