fb fb fb fb fb

Man Utd dapatkan khidmat Weghorst secara pinjaman

(Foto Twitter/@ManUtd)

MANCHESTER, 14 Januari- Manchester United melengkapkan peminjaman penyerang antarabangsa Belanda, Wout Weghorst dari Burnley untuk baki musim ini.

United kekurangan penyerang sejak kontrak Cristiano Ronaldo di Old Trafford ditamatkan pada November.

Weghorst, 30, menyertai Burnley dari kelab Jerman, Wolfsburg dengan harga £12 juta pada Januari 2022 tetapi hanya menjaringkan dua gol Liga Perdana Inggeris ketika Clarets tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu.

Dia kemudiannya dipinjamkan kepada kelab Turkiye, Besiktas dan menjaringkan sembilan gol dalam 18 perlawanan.

Weghorst juga menjaringkan dua gol untuk Belanda dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang Argentina bulan lalu.

“Saya berasa bertuah untuk menyertai Manchester United,” katanya dalam satu kenyataan kelab.

"Saya telah melihat kemajuan United bawah pengurus, Erik ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya."

“Wout mempunyai rekod jaringan gol yang konsisten di beberapa liga Eropah, dan sifat-sifatnya akan menambahkan lagi dimensi kepada skuad kami untuk baki musim ini,” kata pengarah bola sepak United, John Murtough. -AFP

(Manchester United melengkapkan peminjaman penyerang antarabangsa Belanda, Wout Weghorst
dari Burnley untuk baki musim ini/REUTERS)

Media Baharu