fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Malaysia 2023: Axelsen mara ke separuh akhir

BUKIT JALIL, 14 Januari- Jaguh perseorangan lelaki dunia, Viktor Axelsen dari Denmark berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.

Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk mempertahan kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018, Kenta Nishimoto dari Jepun 21-16, 21-12 dalam perlawanan suku akhir.

Pemain nombor satu dunia itu akan berhadapan satu lagi cabaran daripada pemain Jepun, Kanta Tsuneyama, yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan, Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 21-16.


(Aksi Axelsen menentang Kenta Nishimoto dari Jepun pada suku akhir Kejohanan Badminton
Terbuka Malaysia 2023 / Foto BERNAMA)

Axelsen turun ke gelanggang selepas berehat dua hari berikutan pemain veteran Malaysia, Liew Daren menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua akibat kecederaan betis kanannya semalam.

Media Baharu