fb fb fb fb fb

Tze Yong gagal pamer aksi terbaik, tewas di tangan Cheuk Yiu

FOTO BAM

BANGKOK, 2 Jun- Badminton Terbuka Thailand 2023.

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terkandas di suku akhir selepas ditundukkan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dengan keputusan 19-21, 21-23.

Pemain berusia 23 tahun itu
gagal mengulangi aksi cemerlang menewaskan pilihan utama kejohanan dari Taiwan, Chou Tien-Chen pada semalam.

Tze Yong bermula cemerlang mendahului Cheuk Yiu hingga mata ke-15 sebelum lawan yang menghuni ranking ke-17 dunia itu kembali bangkit dan menang set pertama 21-19.

Tze Yong berpeluang membawa aksi seterusnya ke set penentuan selepas berjaya mendahului 15-10 pada satu ketika.

Namun aksi tidak konsisten selepas itu menyebabkan beliau terpaksa akur tunduk dengan keputusan 21-23.

Sementara itu, seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao juga gagal mara ke separuh akhir selepas ditundukkan pemain India, Lakshya Sen.

Jun Hao tewas aksi straight set 21-19, 21-11 dalam tempoh 41 minit.

Kekalahan Tze Yong dan Jun Hao bermakna tiada wakil negara berjaya lolos ke separuh akhir.


(FOTO BAM)

Media Baharu