BUENOS AIRES, 11 November - Independiente mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Deportivo Riestra dalam aksi Liga Primera Argentina pada Isnin, hasil jaringan tunggal Matis Abaldo pada minit akhir perlawanan.
Gol berharga itu hadir pada masa kecederaan minit ke-95 selepas pasukan tuan rumah gagal mengeluarkan bola daripada lontaran jauh.
Bola yang melantun jatuh ke kaki pemain gantian, Luciano Cabral, yang bijak membuat hantaran kepada Abaldo untuk meledak gol menggunakan sepakan trivela.
Kekalahan tersebut menyaksikan Deportivo Riestra yang berada di tangga kedua Kumpulan B terus ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Rosario Central, yang sebelum ini seri menentang San Lorenzo pada Jumaat.
Sementara itu, pasukan gergasi 16 kali juara, Independiente, naik ke tangga ke-12 dengan kutipan 15 mata, mengatasi Instituto ACC menerusi kelebihan perbezaan jaringan.- REUTERS