fb fb fb fb fb

Terbuka Perancis: Alexander Zverev melangkah ke pusingan ketiga

FOTO REUTERS

PARIS, 2 Jun- Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev mudah melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Perancis selepas menewaskan lawan dari Slovakia, Alex Molcan 6-4, 6-2, 6-1.

Dalam aksi tersebut, pemain berusia 26 tahun itu berjaya memanfaatkan semua peluang untuk mendapatkan mata sepanjang perlawanan berlangsung.

Pada aksi pusingan ketiga, Zverev dijadual menentang lawan dari Amerika Syarikat, Frances Tiafoe yang juga pilihan ke-22 kejohanan.

Tiafoe melangkah ke pusingan ketiga selepas berjaya menewaskan Aslan Karatsev dari Rusia dengan keputusan 3-6, 6-3, 7-5, 6-2.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu