fb fb fb fb fb

Tze Yong bakal jalani rawatan ACL di Qatar

Ng Tze Yong mengalami kecederaan ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2025, bulan lalu / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan lutut di Doha Qatar bagi merawat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).

Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh ketika ditemui media semalam.

"Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengatur tarikh bagi pembedahannya. Kita akan mengetahui bila dia akan menjalani pembedahan dalam masa dua hingga tiga hari lagi," katanya.

Sebelum ini, BAM mengesahkan Tze Yong mengalami kecederaan ACL selepas keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mengesahkan terdapat koyakan ACL pada lutut kanan.

Pemain kelahiran Johor itu, mengalami kecederaan ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2025 pada bulan lepas ketika menentang pemain Hong Kong Ng Ka Long, menyaksikan atlet ini terpaksa menarik diri daripada perlawanan.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE