fb fb fb fb fb

Tyler Adams Kapten Amerika di Qatar

DOHA, 21 November- Tyler Adams dinamakan sebagai kapten pasukan bola sepak Amerika Syarikat menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Wales hari ini, sekali gus menjadikan beliau kapten termuda sejak Walter Bahr pada 1950.

Ketua jurulatih pasukan Gregg Berhalter mengesahkan perkara tersebut pada sidang media semalam.

Adams, 23, pemain tengah tempatan akademi New York Red Bulls dan mula menjadi pemain profesional pada usia 16 tahun.

Beliau menyertai RB Leipzig dari Bundesliga pada Januari 2019 dan telah berpindah ke kelab Liga Perdana Leeds United pada musim panas ini.

Tyler Adams

Adams membuat penampilan sulung dengan pasukan kebangsaan pada 2017 dan telah membuat 32 penampilan antarabangsa sejak itu.

Purata umur barisan pemain utama pasukan Amerika ialah 25 tahun, menjadikanya pasukan kedua termuda dalam kalangan 32 pasukan, selepas Ghana. - AFP

Media Baharu