fb fb fb fb fb

Tunku Mahkota Ismail bertemu Presiden FIFA

Foto FB HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, pertemuan berkenaan bagi memberikan taklimat berhubung projek berkaitan skuad kebangsaan.

"Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ianya juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

"Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia daripada segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan," menurut kenyataan itu.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM