fb fb fb fb fb

'Tunggu pengumuman saya' ; Hamilton tenang hadapi spekulasi

(Foto REUTERS)

MONACO, 27 Mei- Spekulasi mengenai perpindahan juara dunia F1 tujuh kali, Lewis Hamilton Ke Ferrari musim depan semakin hangat diperkatakan.

Dengan kontraknya bersama pasukan Mercedes tamat akhir musim ini, perbualan ke mana destinasi seterusnya tidak dapat dielak.

Menurut Pelumba Pasukan Mercedes, Lewis Hamilton, perkara itu bukanlah baru bagi dirinya.


(Lewis Hamilton/REUTERS)

"Bagi saya, ia perkara biasa apabila spekulasi timbul ketika rundingan kontrak sedang berjalan. Apa pun, ia mesti datang dari mulut saya sendiri," kata Hamilton.

Menurut laporan, Ferrari sedia membuat tawaran kontrak bernilai 40 juta Pound untuk pelumba berusia 40 tahun itu untuk menjadi rakan sepasukan Charles Leclerc.

Hamilton yang dalam pemburuan gelaran dunia kelapan, masih belum memenangi sebarang perlumbaan sejak 2021.

Menjelang GP Monaco hujung minggu ini, Hamilton berada di kedudukan ke-4 senarai kejuaraan pemandu dengan 56 mata.-REUTERS

Media Baharu