fb fb fb fb fb

Datuk Azizulhasni, Nurul Izzah raih emas

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus melakar kecemerlangan apabila meraih emas acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, semalam.

Pada perlumbaan berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, penguasaan The Pocket Rocketman ternyata sukar digugat selepas dengan mudah menewaskan pelumba China Kang Shing Feng, yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengiringi kejayaan kedua-dua pelumba negara tersebut, dengan turut mengungguli emas bagi acara pecut bagi kategori wanita.

Pelumba berusia 20 tahun itu, menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Jihae.

(Kang Shing Feng, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom/Foto FB Azizulhasni Awang)

Media Baharu