fb fb fb fb fb

Memartabatkan belia, membangunkan sukan negara

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun JBSN disempurnakan oleh Hannah Yeoh / Foto FB KBS

PUTRAJAYA, 12 November - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kini berdiri bukan sekadar melaksanakan dasar tetapi memimpin gelombang perubahan yang membentuk jiwa, komuniti dan masa depan belia Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, JBSN yang meraikan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan sejak tahun 2000 sudah menempuhi pelbagai cabaran.

1211 SKN HANNAH JBSN JUBLI PERAK 3Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada seluruh warga JBSN atas sambutan Jubli Perak / Foto FB KBS

"Perjalanan ini bukan sekadar sejarah organisasi tetapi kisah keikhlasan dan daya tahan yang membentuk ekosistem belia dan sukan negara.

"Cabaran yang ditempuhi bukan kelemahan tetapi bukti JBSN terus hidup, berkembang dan memacu perubahan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga JBSN.

1211 SKN HANNAH JBSN JUBLI PERAK 2JBSN meraikan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan sejak tahun 2000 / Foto FB KBS

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun JBSN telah diadakan 10 November lalu dan disempurnakan oleh beliau.

Sambutan adalah sebagai simbol penghargaan terhadap perjalanan panjang JBSN dalam memartabatkan pembangunan belia dan sukan negara.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK