fb fb fb fb fb

Tun Jeanne Abdullah dilantik Penaung Kehormat MPM

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin dan Setiausaha Agung, Datuk Subramaniam Raman Nair, mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Jeanne pada 9 Oktober lalu bagi menyampaikan penghargaan rasmi sempena tamat tempoh beliau sebagai Penaung MPM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) melantik Tun Jeanne Abdullah sebagai Penaung Kehormat susulan tamat tempoh beliau sebagai Penaung pertama badan itu pada 31 Ogos lalu.

Pelantikan tersebut sebagai tanda penghargaan atas khidmat cemerlang dan sumbangan besar Tun Jeanne sepanjang 18 tahun menerajui MPM sejak Mei 2008.

MPM menerusi satu kenyataan memakluman, kepimpinan dan komitmen tinggi Tun Jeanne banyak membantu memperkukuh pergerakan paralimpik di Malaysia serta membuka ruang lebih luas kepada agenda inklusiviti sukan negara.

“Tun Jeanne Abdullah telah memainkan peranan besar dalam mengangkat martabat sukan paralimpik tanah air. Sokongan dan dedikasi beliau menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti atlet para,” menurut kenyataan tersebut.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin bersama Setiausaha Agung, Datuk Subramaniam Raman Nair, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Jeanne pada 9 Oktober lalu bagi menyampaikan penghargaan rasmi sempena tamat tempoh beliau sebagai Penaung MPM.

MPM turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Tun Jeanne untuk terus bersama majlis itu dalam kapasiti baharu sebagai Penaung Kehormat, sambil mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE