fb fb fb fb fb

Uruguay catat kemenangan kedua dalam siri aksi persahabatan di Malaysia

FOTO BERNAMA

MELAKA, 14 Oktober - Skuad kebangsaan Uruguay meneruskan momentum cemerlang apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri aksi Persahabatan Antarabangsa selepas menewaskan Uzbekistan 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Perlawanan sengit itu menyaksikan pasukan bimbingan Marcelo Bielsa membuka tirai jaringan menerusi Facundo Torres pada minit ke-51, sebelum Juan Manuel Sanabria menambah gol kedua sembilan minit kemudian.

Namun, kelebihan dua gol itu tidak kekal lama apabila pemain Uzbekistan, Jiyanov Ruslanbek, berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-82.

Bagaimanapun, usaha pasukan lawan mencari gol penyamaan tidak berhasil, dengan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu melengkapkan siri jelajah Uruguay di Malaysia selepas menewaskan Republik Dominica 1-0 dalam aksi persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE