fb fb fb fb fb

TSG dominasi Jersi Merah dan Jersi Putih

LANGKAWI, 18 Oktober- Pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) membuktikan status sebagai salah satu pasukan digeruni selepas merangkul gelaran Raja Bukit dan Pelumba Terbaik Asia perlumbaan Le Tour De Langkawi(LTdL) 2022.

Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mempertahankan gelaran Jersi Merah dimenangi pada edisi 2020.


(Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff )

Pelumba berusia 25 tahun itu muncul juara keseluruhan kategori Raja Bukit edisi kali ini mengumpul keseluruhan 29 mata mengatasi rakan sepasukan Jambaljamts Sainbayar dan pelumba pasukan Movistar, Ivan Ramiro Sosa di tempat kedua dan ketiga keseluruhan.

Jambaljamts Sainbayar juga unggul bergelar pelumba terbaik Asia mengenepikan cabaran hebat pelumba Astana Qazashtan, Andrey Zeits dan Ariya Phounsavath daripada pasukan Thailand Continental.

Sementara itu, misi TSG bergelar pasukan terbaik Asia turut tercapai selepas pasukan itu menamatkan saingan kali ini di atas pasukan Thailand Continental Cycling dan pasukan Ukyo.

Media Baharu