fb fb fb fb fb

Tracol Capital Berhad peruntuk dana RM3 juta kepada Persatuan Luncur Ais Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Dana berjumlah RM3 juta diperuntukkan Syarikat Tracol Capital Berhad kepada Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM), untuk tempoh lima tahun.

Ia bagi merealisasikan impian negara memenangi emas pertama di temasya Olimpik Musim Sejuk yang akan dilangsungkan di Cortina Itali pada 2026.

Ketua Pegawai Operasi Tracol Capitalasia, Datuk Abdullah Hillmee Rifin berkata dana tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu membangunkan sukan luncur ais di Malaysia.

"Kita menyahut kembali seruan kerajaan untuk sama membantu pembangunan sukan negara, jadi kenapa tidak sebagai pihak swasta kami turun untuk sama membantu menyokong sukan negara, sebab yang akan dapat nama baik bukan sekadar sukan tetapi Malaysia juga dapat nama baik," katanya kepada RTM.

(Abdullah Hillmee Rifin)

Tambah Abdullah Hillmee, dengan sumbangan dana tersebut, ISAM diharap dapat membentang kepada pemegang taruh sukan negara agar sukan luncur ais dapat dipertandingkan di sukan Sea Bangkok 2025 dan Sukan Sea 2027.

Media Baharu