fb fb fb fb fb

Tiket palsu punca sepak mula Liga Juara-Juara lewat- UEFA

(Penyokong mencetus huru-hara di luar stadium selepas tidak dibenarkan masuk kerana isu tiket palsu/FOTO AFP)

SAINT-DENIS, 29 Mei-Badan induk bola sepak Eropah, UEFA menyalahkan kewujudan tiket palsu yang tidak berfungsi di pintu putar Stade de France menyaksikan penyokong tidak dapat memasuki stadium.

UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan perlawanan akhir pertandingan kelab paling berprestij di Eropah itu sepatutnya bermula pada jam 9:00 malam waktu tempatan (1900 GMT).

"Ribuan penyokong Liverpool yang tidak dapat memasuki stadium pada waktu ditetapkan akibat tersekat di pintu masuk.

"Menjelang permainan, ribuan peminat yang telah membeli tiket palsu tersekat apabila pintu tidak berfungsi kerana tidak dapat mengesan tiket berkenaan.

"Akibatnya, sepak mula ditangguhkan selama 35 minit untuk membolehkan seramai mungkin peminat dengan tiket tulen mendapat akses.

"Ketika bilangan di luar stadium terus meningkat selepas sepak mula, polis menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata dan memaksa mereka keluar dari stadium." menurut kenyataan itu.

(Stade de France dekat Saint-Denis, utara Paris, lokasiĀ  aksi Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid/ FOTO AFP)

UEFA berkata mereka bersimpati nkepada penyokong yang terjejas dan akan mengkaji semula keadaan bersama polis dan pihak berkuasa tempatan, serta Persekutuan Bola Sepak Perancis.

Beikutan insiden itu, beberapa penyokong dengan tiket yang sah turut tidak menyertai perlawanan dalam stadium sehingga tamat separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin menuding jari tepat ke arah penyokong Liverpool.

"Beribu-ribu 'penyokong' sama ada tanpa tiket atau dengan yang palsu berkelakuan ganas terhadap pelayan," dalam siaran tweeternya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas kelihatan kebanyakan penyokong cuba memanjat penghadang, menurut seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

"Kakitangan keselamatan terpaksa menangkap lebih 20 penyokong yang berjaya melepasi pagar dan menceroboh masuk ke dalam stadium," menurut saksi.

Katanya, keadaan menjadi tegang dan huru-hara apabila beribu-ribu penyokong masih berkumpul di luar stadium dengan setengah jam lagi untuk bermula.

Real Madrid memenangi perlawanan itu selepas menewaskan Liverpool 1-0 untuk menjulang Piala Eropah buat kali ke-14 namun malam itu akan diingati dengan adegan buruk di luar stadium. -AFP



Media Baharu