fb fb fb fb fb

Toyota Motor Corp, tidak sambung kontrak taja Olimpik

Foto Hiasan

TOKYO, 26 September- Toyota Motor Corporation pada Khamis mengumumkan bahawa syarikatnya tidak akan memperbaharui kontraknya sebagai penaja utama sukan Olimpik dan Paralimpik.

Pengerusinya, Akio Toyoda mengesahkan perkara tersebut, selepas menjalin kerjasama lebih kurang sedekad.

Bagaimanapun, pembuat kereta terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk terus menyokong kewangan atlet tajaannya, selepas mengambil keputusan berundur daripada terlibat dalam temasya sukan berprestij dunia berkenaan.

"Apabila cadangan untuk tidak meneruskan tajaan pada sukan Olimpik dan Paralimpik, kami akan terus menyokong kewangan atlet-atlet kami," kata Toyoda dalam saluran media milik syarikat itu.

Awal bulan ini, Panasonic Holdings turut mengumumkan hal sama, penamatan kontrak selama 37 tahun sebagai penaja utama dan rakan kongsi rasmi Sukan Olimpik sejak tahun 1987.

Menerusi laporan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, penaja utama meraih pendapatan berjumlah AS$2.295 bilion untuk tempoh 2017-2021.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM