TOKYO, 26 September- Hubert Hurkacz dan Matteo Berrettini antara yang berjaya mara ke pusingan 16 terakhir dalam tenis Terbuka Jepun.
Pemain Poland, Hurkacz terpaksa berhempas pulas ketika bertemu lawan dari Amerika Syarikat, Marcos Giron.
Pilihan kedua dari Poland itu, memerlukan 2 jam 8 minit untuk menundukkan Giron 6-4, 6-7 dan 6-4.
Hurkacz kini dalam misi meraih kelayakan ke ATP Finals, dengan menduduki tempat ke-9, 655 mata di belakang tonggak Australia, Alex de Minaur yang menghuni tangga terakhir untuk layak.
Sementara itu, wakil Itali, Berrettini turut mara ke pusingan seterusnya, menang straight set 6-3, 6-4 ke atas Van De Zandschulp dari Belanda.
Turut mara, wakil Perancis, Ugo Humbert yang berjaya menewaskan tuan rumah, Shintaro Mochizuki 6-1 dan 6-2.-REUTERS