JOHOR BHARU, 26 September- Malaysia antara enam negara mengesahkan penyertaan pada saingan Kejohanan Hoki Sultan Johor 2024 yang akan berlangsung 19 hingga 26 Oktober ini, dengan RTM selaku penyiar rasmi kejohanan.
Pada edisi kali ini, Jerman yang juga juara 2023 tidak akan turut serta, sekali gus buka peluang pasukan lain merebut gelaran musim ini di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Bahru.
Exco Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, S-O-J-C dapat memberi pendedahan awal kepada belia untuk menyertai sukan hoki.
"memohon kpd jabatan pendidikan dan exco pendidikan untuk mengikuti secara dekat kerana disini juga dapat membantu menaikkan semangat pelajar2 tentang sukan hoki dengan lebih dekat," katanya.
Pada saingan edisi ke-12 ini, Malaysia akan berdepan Australia, Great Britain, India, Jepun dan New Zealand.