fb fb fb fb fb

'TIME' nobat Messi Atlet Terbaik Tahunan' 2023

Lionel Messi dinobatkan sebagai Atlet terbaik tahunan 2023 oleh TIME/FOTO AFP

LOS ANGELES, 7 Disember- Lionel Messi dinobat sebagai 'Atlet Terbaik Tahunan' bagi 2023 oleh majalah TIME.

Pengiktirafan itu diberi selepas Messi dianugerah Ballon d'Or kali ke-8 serta perpindahannya ke kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami.

Bintang Argentina itu menjadi pencetus transformasi sukan di Amerika Syarikat, yang secara sejarahnya lewat menerima sukan bola sepak.

Messi, 36, melakukan penampilan sulung buat Miami pada Julai lalu susulan perpindahan dari Paris Saint-Germain (PSG).

Pemenang Piala Dunia itu juga menolak tawaran lumayan ke Arab Saudi untuk memberi laluan kepada musim baharu dalam MLS.

Kapten Argentina itu telah mengubah nasib Miami dalam memainkan peranan utama membantu pasukan memenangi Piala Liga-Liga, pertandingan membabitkan kelab dari MLS dan liga utama Mexico.

Messi menamatkan kempen dengan 11 gol dalam 14 perlawanan bagi semua pertandingan.

Namun kecederaan menjelang penghujung musim membuatkan dia terpaksa berehat panjang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD