SHEFFIELD, 7 Disember- Dua jaringan masing-masing oleh Virgil Van Dijk dan Dominik Szoboszlai sudah cukup buat Liverpool menewaskan Sheffield United 2-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam (Rabu).
Van Djik, ketua pasukan Liverpool berjaya merobek gawang Sheffield pada minit ke-37 menerusi rembatan voli di sebelah kiri pintu gol Sheffield.
Jaringan tersebut merupakan gol pertama Van Djik musim ini.
Pada perlawanan tersebut, Sheffield yang beraksi sebagai tuan rumah dilihat berjaya mendominasi perlawanan menerusi serangan balas, namun gagal mengatasi penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.
Trio serangan Sheffield yang diterajui Cameron Archer dan James McAtee hanya melakukan satu percubaan sepanjang perlawanan.
Sebaliknya, Liverpool mempamerkan persembahan cemerlang dengan melakukan lapan percubaan ke pintu gol Sheffield pada perlawanan berkenaan.
Bersambung babak kedua, Mohammed Salah berjaya melakukan voli namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol Sheffield, Wes Foderingham.
Liverpool memasukkan Darwin Nunez bagi menajamkan jentera serangan dan hampir-hampir menggandakan jaringan pada minit ke-77, namun dihampakan sekali lagi oleh kecemerlangan Foderingham.
Liverpool akhirnya mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Szoboszlai pada minit-minit akhir permainan bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Kemenangan tersebut meletakkan Liverpool di tangga kedua liga dengan mengumpul 34 mata dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Pasukan Sheffield United pula kekal di tangga terbawah liga dengan 15 mata selepas lima perlawanan.-REUTERS.