fb fb fb fb fb

Final Piala Malaysia: Kain rentang gergasi bakal iringi Harimau Selatan

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 7 Disember- Penyokong JDT, Boys Of Straits (BOS) giat mempersiapkan jentera bagi memastikan skuad Harimau Selatan mendapat sokongan padu pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) esok.

Selain latihan sorakan, BOS turut menghasilkan kain rentang gergasi, atau Tifo, khas untuk perlawanan aksi final berkenaan.

Salah seorang ahli BOS yang dikenali sebagai Afiqam berkata, kira - kira 40 ahli digerakkan untuk menghasilkan Tifo bersaiz 42 kali 64 meter tersebut, yang mengambil masa empat hari untuk disiapkan.

Tambah Afiqam, Tifo tidak dapat dipisahkan daripada BOS, kerana ia merupakan tradisi bagi menyemarakkan sokongan kepada pemain.

"Ini merupakan tradisi yang ada pada kelab penyokong BOS.

"Apabila kita buat tifo, semua peminat suka idea berkenaan. Jadi, kami terjemahkan idea yang sesuai untuk tifo yang sesuai", katanya yang ditemui di sini.

Seramai 5,000 ahli BOS dijangka memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat ini untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Selatan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD