fb fb fb fb fb

Tiket kejohanan badminton terbuka Malaysia 2023 boleh dibeli mulai Isnin

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Peminat sukan badminton yang ingin menyaksikan kejohanan Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil Boleh membeli tiket secara dalam talian bermula 11 pagi, 5 Disember ini.

Kejohanan tersebut akan bermula dari 10 hingga 15 Januari tahun hadapan.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata tiket untuk acara Jejalah BWF Super 1000 yang baru dinaik taraf itu, bermula daripada RM40.

(FOTO HIASAN)

"Tahun hadapan akan menyaksikan saingan yang lebih mendebarkan kerana pemain-pemain terbaik cuba untuk membuka tirai 2023 dengan sesuatu yang positif," kata Kenny Goh menerusi kenyataan.

Tambahnya, juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama-sama beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut akan menjadi tumpuan.

Beliau mengharapkan sokongan daripada penyokong Malaysia untuk memberi inspirasi kepada pemain negara beraksi dalam satu daripada kejohanan tertua di dunia itu.

Media Baharu