fb fb fb fb fb

Guna peruntukan yang diberi sebaik-baiknya bagi pembangunan bakat sukan-V.P Shanmugam

BANDA HILIR, 3 Disember- Persatuan sukan di Melaka diingatkan agar menggunakan peruntukan diberi kerajaan negeri untuk pembangunan dan mencungkil bakat atlet-atlet baharu.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka, V.P Shanmugam berkata usaha tersebut penting bagi melahirkan lebih ramai atlet bagi mewakili negeri itu di pertandingan sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

(Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka, V.P Shanmugam)

Selain itu, usaha berkenaan juga dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

"Peserta-peserta ini sebenarnya adalah tanggungjawab persatuan.Kita hanya sediakan peruntukan untuk persatuan bagi memberi latihan yang cukup dan mewakili negeri",katanya kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merasmikan Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Melaka di Banda Hilir di sini.

Karnival yang dianjur Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka selama 3 hari sempena Sambutan Hari OKU Sedunia ini menyediakan pelbagai aktiviti sukan mesra OKU dan kanak-kanak antaranya Batu Seremban Challenge, pertandingan mewarna, Zumba, Fun Walk dan banyak lagi.

Media Baharu