fb fb fb fb fb

SSTMI juara pertama Piala Mirnawan

BUKIT JALIL, 3 Disember- Pasukan hoki lelaki Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) menumpaskan pasukan Jepun 4 -1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi untuk muncul juara kejohanan hoki remaja bawah 17 tahun antarabangsa, Piala Mirnawan 2022.

Pasukan kendalian Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman itu berjaya mempamer aksi agresif untuk menewaskan pasukan negara matahari terbit itu.

SSTMI memulakan permainan dengan kemas dan mampu membolos gol pasukan Jepun seawal minit pertama hasil jaringan padang Muhammad Haziq Zunnurrain.

Jepun tidak mengaku kalah dan menjaringkan gol pada minit ke-7 hasil pukulan penalti Shintaro Hara.

"Namun memasuki suku masa kedua SSTMI meneruskan serangan dan berjaya menjaringkan gol kedua melalui pukulan penalti Azimuddin Syakir pada minit ke-25.

Seterusnya SSTMI berjaya menjaringan dua gol padang lagi melalui Mohamad Syazwan pada minit ke-35 dan Muhammad Danish Haikal pada minit ke-43.

Tamat permainan, SSTMI 4, Jepun 1 untuk muncul juara edisi pertama kejohanan itu.


(SSTMI juara pertama Piala Mirnawan)

Media Baharu