fb fb fb fb fb

Tiga pasukan bertaraf 'world team', bakal gegar LTdL 2024

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Saingan perlumbaan jelajah berbasikal terulung negara Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bakal dihangatkan dengan kehadiran tiga pasukan bertaraf dunia.

Tiga pasukan itu ialah EF Education-EasyPost dari Amerika Syarikat, Astana Qazaqstan Team (Kazakhstan) dan Team DSM-Firmenich PostNL dari Belanda.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata tiga pasukan itu masing-masing berjaya meraih kejayaan tersendiri pada saingan perlumbaan berprestij Tour de France baru-baru ini.

"Penambahan satu lagi pasukan bertaraf dunia berbanding hanya dua pasukan pada tahun lalu. Ini merupakan kejayaan bersama di peringkat KBS dan MSN dalam penganjuran acara berstatus 'pro series' ini."

"Sebagai perbandingan kepada perlumbaan 'pro series' yang berlangsung di China pada 7 Julai lalu, hanya dua pasukan dunia dan lima 'Pro team' sahaja yang mengambil bahagian," kata Abdul Rashid kepada pemberita, hari ini.

Selain itu, tujuh pasukan “Pro Team” dalam senarai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa juga bakal menghangatkan lagi LTDL 2024.

Selain itu, sembilan “Continental Team” dan tiga pasukan kebangsaan turut menyertai edisi ke-28 ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 22 pasukan.

LTdL 2024 bakal berlangsung 29 September hingga 6 Oktober depan dengan lapan peringkat perlumbaan dan jarak keseluruhan 1,190 kilometer.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM