fb fb fb fb fb

Skuad hoki remaja 'berguru' di Brisbane, siap siaga berdepan aksi tahun ini

Foto FB MHC

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Skuad hoki remaja lelaki negara akan menjalani siri jelajah di Brisbane, Australia bermula 24 Julai hingga 6 Ogos ini.

Ia sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan yang berlangsung tahun ini iaitu Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024.

Pengurus Pasukan, S.Ganesan berkata beliau berharap para pemain memanfaatkan peluang dengan menimba pengalaman dalam memantapkan lagi permainan mereka.

Seramai 26 pemain yang dibimbing oleh jurulatih, I. Vikneswaran akan berlepas ke Brisbane, Rabu ini.

Sebanyak enam aksi telah diatur melibatkan empat perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland di Queensland State Hockey Centre.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM