fb fb fb fb fb

Tiada ruang ego buat barisan pemain Arsenal rentetan insiden tamat kontrak Aubamenyang

(Aubameyang telah dilucutkan jawatan kapten pasukan selepas bertelagah
dengan Arteta berhubung isu disiplin musim lalu/REUTERS)



LONDON, 5 November- Pengendalian tegas pengurus Arsenal, Mikel Arteta terhadap Pierre-Emerick Aubameyang memastikan tiada ruang untuk ego dalam bilik persalinan kelab Liga Perdana itu, kata pemain tengah Mohamed Elneny.

Aubameyang telah dilucutkan jawatan kapten pasukan selepas bertelagah dengan Arteta berhubung isu disiplin musim lalu.

Kontrak bekas peledak kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund itu kemudiannya ditamatkan sebelum perpindahan ke Barcelona pada Februari.

Pemain antarabangsa Gabon berusia 33 tahun itu, menjaringkan 92 kali dalam lebih 150 penampilan untuk Arsenal dan kembali ke Liga Perdana Inggeris pada September, kali ini sekali lagi di London untuk menandatangani bersama Chelsea di mana dia telah menjaringkan tiga kali dalam 11 perlawanan setakat ini.

Sebuah video yang tersebar di media sosial bulan lalu menunjukkan Aubameyang mengkritik Arteta kerana tidak dapat menguruskan pemain berperanan besar dalam pasukan itu.

Aubameyang kemudiannya menjelaskan komennya diikuti mengucapkan selamat sejahtera kepada kelab London utara itu.

"Semua orang menyayangi antara satu sama lain dan bekerja untuk satu sama lain. Inilah yang sebenarnya menjadikan skuad kami benar-benar kuat, kerana kami tidak mempunyai ego dalam pasukan.

(Arteta memastikan tiada ruang untuk ego dalam kalangan pemain Arsenal bilik persalinan kelab/REUTERS)


"Kini semua orang berhati-hati mengawal perlakuan dan sikap sendiri selepas apa yang Mikel lakukan kepada kapten pasukan. Apa yang dia akan lakukan dengan pemain lain? Semua orang takut dengan kedudukan mereka setelah insiden yang berlaku kepada Aubameyang.

"Sudah tentu jika sesiapa bukan kapten pasukan pun, melakukan kesilapan kecil, mereka akan menghadapi masalah sama, dan tiada siapa memerlukan masalah itu. Kami bersetuju dengan apa yang diputuskan Mikel kerana dia adalah bos kami dan kami hanya perlu setuju apa visinya untuk kami," katanya.

Elneny berkata demikian menjelang kunjungan ke Stadium Stamford Bridge berdepan Chelsea dalam perlawanan Liga pada Ahad.

Arsenal kini mendahului liga dengan 31 mata selepas mengharungi 12 perlawanan, 10 mata mengatasi Chelsea di tangga keenam. -REUTERS

Media Baharu