fb fb fb fb fb

Tiada aksi Skuad B-21 pada Sukan Asia 2022

(FOTO RTM)

PETALING JAYA, 15 Februari-Tiada aksi skuad muda bola sepak kebangsaan pada kempen Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Perkara tersebut disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat kerana skuad E. Elavarasan perlu memberi keutamaan kepada kelayakan Piala Asia Bawah 23, 2024 pada September ini.

Selain kelayakan Piala Asia Bawah 23, skuad E Elavarasan juga perlu memberi fokus kepada dua lagi kejohanan penting termasuk Sukan SEA Kemboja dan Piala AFF.

" Saya dah umum kita tidak sertai Sukan Asia 2022 kerana kita fokus pada tiga pertandingan besar", ujarnya kepada media di sini.

Menurut Datuk Hamidin, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Olimpik Malaysia dan tidak mendapat sebarang bantahan.


(Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin/FOTO RTM)

Media Baharu