fb fb fb fb fb

Liga Juara: Pemain Spurs perlu keyakinan diri-Conte

(FOTO AFP)

MILAN, 15 Februari-Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata para pemainnya perlu bermula mempercayai kemampuan mereka selepas tewas 1-0 kepada AC Milan pada Selasa lalu.

Keputusan tersebut meletakkan peluang Spurs pada kempen Liga Juara dalam bahaya.

Pada perlawanan yang berlangsung di stadium San Siro, pasukan Spurs dilihat memberikan segala-galanya namun kekalahan pada pertemuan pertama pada pusingan 16 terbaik menambah minggu suram pasukan berkenaan yang sebelum ini tumpas dengan jaringan besar kepada Leicester City.

Conte berkata tugasnya kini adalah cuba memberi semula keyakinan kepada para pemainnya.

"Saya berpandangan sesetengah pemain pasukan ini perlukan keyakinan, terutamanya ketika melakukan serangan. Kami perlu mencari semula keyakinan itu semula", katanya kepada wartawan.

"Kami perlu mencuba dan memperbaiki segala kesilapan", katanya lagi.

Spurs terpaksa berdepan krisis kecederaan yang menimpa Rodrigo Betancur dan Yves Bissouma menyebabkan pengurus Itali itu terpaksa memasukkan beberapa pemain muda bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah pasukan.

Conte berbangga dengan prestasi dan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

"Bermain dalam Liga Juara di San Siro bukan sesuatu yang mudah. Namun saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan pasukan", tambah Conte.

Sementara itu, jurulatih AC Milan, Stefano Pioli berpendapat pasukan tersebut mampu memenangi perlawanan menentang Spurs dengan agregat yang besar.

"AC Milan sepatutnya menang dengan jaringan 2-0 kerana selepas ini kita akan bertandang ke London dan cabarannya tidak mudah", katanya.

Pada perlawanan kelmarin, AC Milan menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 hasil jaringan Brahim Diaz pada minit ke-7 perlawanan.-AFP


(Aksi Conte dan spurs pada perlawanan menentang AC Milan/FOTO AFP)

Media Baharu