fb fb fb fb fb

Persediaan Sukan SEA Kemboja lancar

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali berpuas hati dengan persiapan negara tuan rumah.

Beliau yang melakukan lawatan di Phnom Penh pada bulan lepas berkata berdasarkan pemerhatiannya, kesemua kerja menaik taraf tempat pertandingan adalah mengikut perancangan ditetapkan.

Manakala perkampungan atlet masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sebelum temasya bermula.

Dalam pada itu, Mohd Nasir menyuarakan keyakinan gandingan atlet muda dan senior mampu melaksanakan misi besar memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah pada temasya itu.

Sukan SEA Kemboja dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.

Dalam saingan Sukan SEA ke-31 di Vietnam tahun lalu, Malaysia menduduki tempat keenam selepas merangkul 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, melepasi sasaran pingat ditetapkan.

(Datuk Mohd Nasir berkata persediaan Sukan SEA Kemboja lancar)

Media Baharu