fb fb fb fb fb

AC Milan ikat kontrak Jashari

Foto AFP

MILAN, 7 Ogos- AC Milan telah menandatangani pemain tengah Switzerland, Ardon Jashari dari Club Brugge, Belgium dengan kontrak sehingga Jun 2030, demikian menurut kenyataan kelab Serie A itu.

Butiran kewangan tidak didedahkan, tetapi media Itali melaporkan Milan membayar sekitar €34 juta (AS$39.6 juta) untuk pemain berusia 23 tahun itu, dengan tambahan bonus sebanyak AS$3 juta.

Jashari menyertai Brugge dari kelab Switzerland, Luzern pada 2024 dan membuat 52 penampilan dalam semua pertandingan, menjaringkan empat gol.

Pemain tengah itu, yang telah bermain empat kali untuk negaranya, membantu Brugge mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara Eropah tahun ini. -REUTERS

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello