fb fb fb fb fb

Toronto Masters: Khachanov mara ke pentas akhir

Pemain tenis Rusia, Karen Khachanov /Foto REUTERS

TORONTO, 7 Ogos – Pemain pilihan ke-11 dari Rusia, Karen Khachanov, bangkit daripada ketinggalan 1-3 dalam ‘tiebreak’ set penentuan untuk menewaskan pilihan utama, Alexander Zverev 6-3, 4-6, 7-6 (7/4) sekali gus mara ke pentas akhir kejohanan ATP Toronto Masters, pada Rabu.

Zverev, pemain nombor tiga dunia, melakukan 44 kesilapan sendiri berbanding 34 oleh Khachanov.

“Saya perlu bekerja keras, gali semangat dan lakukan yang terbaik,” kata Khachanov selepas perlawanan. "Saya gembira kerana akhirnya dapat menewaskannya selepas beberapa kekalahan mudah sebelum ini", katanya.

Khachanov turut mengakui tekanan tinggi ketika ‘tiebreak’ penentuan.

“Bila dah sampai ke tiebreak terakhir, anda perlu beri yang terbaik.

"Tidak boleh buang masa atau tenaga dengan fikiran negatif.

"Kalau tidak, anda pasti gagal,” katanya lagi. “Anda tak tahu apa akan berlaku, jadi anda kena cuba.”

Ini merupakan perlawanan akhir pertama musim ini bagi Khachanov, selepas tewas di separuh akhir di Barcelona dan Halle. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD