fb fb fb fb fb

Alonso optimis dengan kemampuan Aston Martin

FOTO AFP

SILVERSTONE, 14 Februari- Juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso optimis dengan kemampuan pasukan baharunya Aston Martin dalam misi memburu kedudukan podium musim ini.

Alonso, 41 tahun berkata pasukan itu memiliki misi dan visi yang jelas untuk muncul sebagai pencabar utama.

Bagaimanapun, untuk musim ini jelasnya, masih terlalu awal untuk mereka mencabar pasukan gergasi seperti Mercedes, Ferrari dan Red Bull.

"Sasaran kami untuk memperbaiki catatan masa sepanjang musim ini dan cuba untuk mencabar kedudukan podium tetapi tidak terlalu optimis.

Kami mahu pastikan pasukan ini mampu menang perlumbaan dan merebut kejuaraan pada masa hadapan. Namun untuk 2023, kami perlu bermula untuk projek baharu ini dan akan terus membuat penambahbaikan," kata Alonso kepada AFP ketika majlis pelancaran jentera baharunya, AMR23 di ibu pejabat Silverstone di England.

Bekas pemandu pasukan Renault, McLaren dan Ferrari itu telah merakam 32 kemenangan sepanjang kariernya.

Bagi saingan musim ini, Alonso akan bergandingan dengan pemandu muda, Lance Stroll yang juga anak kepada pemilik pasukan Asto Martin.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu