fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

The Speedy Tigers gagal ke separuh ahkir

(The Speedy Tigers gagal melayakkan diri ke separuh akhir dengan mampu berada
di tempat ketiga kumpulan B dengan 10 mata)

HANGZHOU, 2 Oktober - Skuad hoki negara terpaksa melupakan impian untuk merangkul pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas diikat, tuan rumah China 4-4 pada aksi terakhir kumpulan B.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan The Speedy Tigers gagal melayakkan diri ke separuh akhir dengan mampu berada di tempat ketiga kumpulan B dengan 10 mata.

Pada perlawanan itu,pemain China, Gao Jiesheng berjaya merobek gawang negara pada minit 13 sebelum Azrai Abu Kamal menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

China sekali lagi mendahului menerusi pukulan sudut penalti Chen Qijun seminit kemudian, sebelum jaringan padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-25 kembali mengikat kedudukan.

Bersambung suku ketiga, skuad Speedy Tigers mendahului buat kali pertama apabila Amirul Azahar melengkapkan pukulan sudut penalti pada minit ke-35.

Namun China berjaya menyamakan kedudukan selang dua minit menerusi pukulan penalti

Faiz Helmi Jali kembali meletakkan skuad negara di hadapan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-40.

Bagaimanapun, China bangkit menyamakan kedudukan menerusi serangan Zhu Weijiang, hanya tiga minit kemudian.

Keputusan kekal terikat 4-4 sehingga tamat perlawanan.

Malaysia akan beraksi di perlawanan klasifikasi 5-6 menentang Pakistan pada Jumaat ini.