fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Sukan Asia, skuad hoki negara mahu menang perlawanan klasifikasi

(Ketua pasukan The Speedy Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil)

HANGZHOU, 3 Oktober- Kegagalan skuad hoki lelaki negara melepasi pusingan kumpulan pada Sukan Asia Hangzhou 2022, nyata sukar diterima jurulatih skuad hoki kebangsaan, Arul Selvaraj.

Keputusan itu sekali gus menutup peluang Malaysia untuk cuba meraih slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kita berusaha keras di bahagian pertahanan, secara satu lawan satu. Mereka guna kelebihan yang ada. Dalam kebanyakan 'long ball', kita tidak dapat kawal dengan baiklah. Itu agak kecewalah," kata Arul kepada pemberita selepas perlawanan.

Dalam pada itu, ketua pasukan, Muhammad Marhan Mohd Jalil enggan rakan sepasukannya berputus asa.

Sebaliknya, mahu mereka bangkit apabila turun menentang Pakistan pada perlawanan klasifikasi 5-6 Jumaat ini.

"Ini laluan yang kita pilih, maka kita kena teruskan sehingga habis. Saya sebagai kapten, saya kena pastikan rakan-rakan pasukan saya untuk terus positif untuk aksi seterusnya," jelas Marhan kepada pemberita.

Skuad hoki lelaki negara hanya mencatatkan keputusan seri 4-4 dengan China dalam aksi kumpulan B.

China mengungguli carta kumpulan B dengan rekod tanpa kalah selepas meraih 13 mata, Malaysia pula berada di kedudukan ketiga dengan 10 mata ketinggalan dua mata di belakang Korea Selatan.