fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Chelsea menang 2-0, tewaskan Fulham

FULHAM, 3 Oktober- Chelsea meraih kemenangan kedua selepas tujuh perlawanan apabila menundukan Fulham 2-0, awal pagi tadi.

Aksi berlangsung di Stadium Craven Cottage menyaksikan skuad kendalian Mauricio Pochettino, berjaya mendahului permainan minit ke-18 apabila hantaran silang Levi Colwill mudah ditolak masuk Mykhailo Mudryk.

Selang seminit selepas itu, gawang Fulham sekali lagi bocor selepas kesilapan pertahanan, Tim Ream dihukum penyerang The Blues, Armando Broja.

Bersambung babak kedua, Chelsea hampir mendapat gol ketiga selepas rembatan kaki kiri pemain gantian, Ian Maatsen mengegar tiang gol tuan rumah.

Memasuki minit ke-77, Fulham gagal memanfaatkan peluang di depan pintu gol lawan apabila percubaan Tom Cainer digagalkan penjaga gol, Robert Sanchez.

Kemenangan itu melonjakkan Chelsea ke kedudukan ke-11 liga dengan lapan mata.

Chelsea bakal bertemu Burnley untuk perlawanan seterusnya hujung minggu ini.- REUTERS