fb fb fb fb fb

Naomi Osaka tersingkir daripada Terbuka Itali

Foto AFP

ROME, 13 Mei- Bintang Jepun, Naomi Osaka tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Itali selepas tewas kepada Peyton Stearns 4-6, 6-3, 6-7 pada pusingan 16 terbaik.

Osaka, bekas pemain nombor satu dunia kecundang di tangan pemain Amerika Syarikat itu yang turut menumbangkan pilihan kelima, Madison Keys pada pusingan sebelumnya.

Di peringkat suku akhir esok, Stearns akan menentang Elina Svitolina dari Ukraine.

Terdahulu, bagi kategori perseorangan lelaki, pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner akan meneruskan usahanya merebut gelaran Rom pertama.

Pemain tuan rumah itu mara ke peringkat 16 terbaik untuk bertemu pemain Argentina, Francisco Cerundolo, malam ini.

Tiada pemain Itali memenangi gelaran Rom lelaki sejak Adriano Panatta pada 1976.

Perlawanan itu akan dilihat sebagai satu lagi pemanasan buat Sinner yang cuba mencari prestasi terbaik menjelang Terbuka Perancis yang bermula akhir bulan ini. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello