fb fb fb fb fb

15,000 penyokong Argentina dilarang daripada Piala Dunia Kelab

BEUNOS AIRES, 13 Mei- Seramai 15,000 peminat bola sepak Argentina akan diharamkan ke stadium semasa Piala Dunia Kelab FIFA yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 14 Jun hingga 13 Julai ini.

Kejohanan itu akan menampilkan kelab Argentina, Boca Juniors dan River Plate serta 30 pasukan lain dari seluruh dunia.

Menteri Keselamatan Argentina, Patricia Bullrich berkata, langkah itu sangat penting bagi mencegah penyokong ganas daripada melakukan sebarang jenayah di stadium.

Terdahulu, beliau menyerahkan senarai nama tersebut kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini hari ini.

Senarai itu disusun melalui program 'Tribuna Segura', alat yang membolehkan pengesanan orang yang diharamkan dari stadium Argentina.

"Tribuna Segura telah memantau lebih daripada 4 juta orang dalam 1,328 perlawanan.

"Kami telah mengesan 1,166 orang dengan waran tangkap dan telah mengeluarkan lebih daripada 40 resolusi pentadbiran yang menyekat kemasukan ke stadium," katanya.

Boca Juniors berada dalam Kumpulan C bersama Bayern Munich, Auckland City dan Benfica, manakala River Plate berada dalam Kumpulan E bersama Urawa Red Diamonds, Monterrey dan Inter Milan. - Reuters

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello