fb fb fb fb fb

Ancelotti dilantik ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brazil

Foto AFP

RIO DE JANEIRO, 13 Mei- Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti sah akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini, untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Brazil.

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) mengumumkan, pengendali dari Itali berusia 65 tahun itu akan menjadi jurulatih asing pertama Brazil.

“Pasukan kebangsaan terhebat dalam sejarah bola sepak kini akan dipimpin oleh jurulatih paling berjaya di dunia.

"Beliau akan mengetuai Brazil sehingga Piala Dunia 2026 dan akan membimbing pasukan dalam dua perlawanan kelayakan seterusnya menentang Ecuador dan Paraguay bulan depan," menurut kenyataan CBF.

Ancelotti akan menggantikan Dorival Junior yang dipecat selepas Brazil dimalukan Argentina 1-4 pada Mac lalu.

Brazil kini menduduki tempat keempat dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan.

Ancelotti meninggalkan Madrid sebagai salah seorang pengurus kelab paling berjaya, memenangi 15 trofi sepanjang dua musim bersama Los Blancos.

Beliau juga pernah memimpin Chelsea dan Paris Saint-Germain, termasuk AC Milan yang menyaksikan beliau memenangi Liga Juara Eropah dua kali sebagai jurulatih pada 2003 dan 2007.

Bekas pemain Itali itu adalah jurulatih paling banyak memenangi trofi Liga Juara Eropah dengan lima kemenangan.

Sementara itu, Xabi Alonso bakal dilantik sebagai pengurus baharu Real Madrid selepas mengesahkan pemergiannya dari Bayer Leverkusen. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello