LONDON, 13 Mei - Sheffield United semakin hampir kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Bristol City 3-0 dalam separuh akhir kedua play off di Bramall Lane, menjadikan agregat keseluruhan 6-0.
Penyerang Wales, Kieffer Moore, membuka jaringan pada babak pertama sebelum Gustavo Hamer dan Callum O'Hare menambah dua lagi gol selepas waktu rehat.
Sementara itu, pengendali Sheffield United, Chris Wilder berazam untuk menamatkan badi sembilan kegagalan sebelum ini selain menyatakan kesediaan untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
The Blades akan berdepan pasukan Sunderland atau Coventry pada final play-off di Stadium Wembley pada 24 Mei ini. - AFP