fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Nur Dhabitah terlepas raih pingat ketiga

HANGZHOU, 2 Oktober- Penerjun elit negara Nur Dhabitah Sabri terlepas peluang menambah koleksi pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas menamatkan saingan di tempat keempat acara 1 meter (m) papan anjal wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou hari ini.

Pada pusingan final, Nur Dhabitah yang menduduki tempat ketiga sepanjang empat terjunan, dipintas saat akhir oleh penerjun Korea Selatan Kim Suji yang mengumpul keseluruhan 267.10 mata untuk merangkul gangsa.

Nur Dhabitah yang memenangi perak acara 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng semalam dan meraih gangsa bersama Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama Sabtu lepas, terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat dengan meraih 261.85 mata.

Pingat emas dan perak menjadi milik penerjun tuan rumah Li Yajie dan Lin Shan selepas masing-masing mengumpul 317.55 dan 303.80 mata.

0210 DHABITAH 2(Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri pada final 1m papal anjal Sukan Asia Hangzhou 2022 di Aquatic Sports Arena, Hangzhou/ REUTERS)

Seorang lagi wakil negara, Ong Ker Ying menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan 219.45 mata.

Sementara itu, penerjun lelaki negara Hanis Nazirul Jaya Surya mengakhiri saingan akhir acara 1m papan anjal lelaki di tempat keenam dengan meraih keseluruhan 296.15 mata.

Emas dimenangi penerjun China, Wang Zongyuan dengan mengumpul 459.50 mata, diikuti rakan senegara Peng Jianfeng merangkul perak dengan kutipan mata sebanyak 442.45 dan gangsa menjadi milik penerjun Korea Selatan Woo Haram selepas memungut 395.95 mata.

Setakat ini kem terjun sudah menyumbangkan satu perak dan tiga gangsa.

Selain acara 3m papan anjal seirama wanita dan 10m platform seirama wanita, Malaysia turut meraih dua gangsa masing-masing menerusi Ooi Tze Liang-Muhammad Syafiq Puteh dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki dan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold dalam 10m platform seirama lelaki.

Saingan sukan terjun yang berbaki dua hari lagi menyaksikan Malaysia berpeluang menambah koleksi pingat dalam beberapa acara.

Antaranya 10m platform wanita menerusi Pandelela esok.