fb fb fb fb fb

TFC sedia harungi musim baharu, belasah KRW FC 6-0

TFC menang 6-0 ke atas KRW FC dalam perlawanan persahabatan pramusim - Foto TFC

KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Pasukan Terengganu FC (TFC) kini sudah bersedia bagi menghadapi aksi pembukaan Liga Super musim 2025-26 yang di jadual bermula Ogos ini.

Ketua jurulatihnya, Badrul Afzan Razali berkata, keserasian ditunjukkan pemain lama dan baharu sudah ditahap 80 peratus dan dilihat semakin meningkat selepas mengharungi beberapa siri ujian perlawanan persahabatan.

3007 SKN KT TFC SEDIA 2Antara aksi perlawanan persahabatan TFC menentang KRW FC - Foto TFC

Menurutnya, perkembangan positif itu dipamerkan anak buahnya selepas membenam Kelantan Red Warrior (KRW) FC 6-0 dalam perlawanan persahabatan pramusim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.

"Kalau dilihat pada perlawanan malam ini (tadi) adalah 80 peratus (pemain) untuk bersaing dalam Liga Super. Kita harap terus konsisten dan tiada kecederaan sebelum sepak mula Liga Super nanti," katanya.

3007 SKN KT TFC SEDIA 3Hampir semua pemain import TFC diturunkan ketika menentang KRW FC - Foto TFC

Dalam perlawanan malam tadi, lima gol tuan rumah dihasilkan pada separuh masa pertama menerusi Yan Mabela, Careca dan Gabriel Silva masing-masing dua gol.

Gol keenam skuad Penyu dijaringkan Syahmi Zamri pada penghujung perlawanan.
 
Perlawanan pemanas badan itu menyaksikan hampir semua pemain import TFC diturunkan, kecuali penyerang kelahiran Cameroon, Junior Ngong Sam yang dikatakan mengalami kecederaan.

3007 SKN KT TFC SEDIA 5TFC akan menentang Penang FC pada aksi pembukaan Liga Super 2025-2026

"Sam cedera, namun tidak serius dan saya tidak mahu ambil risiko menurunkannya. Saya rehatkannya pada perlawanan malam ini," katanya.

Skuad Penyu juga masih dilihat tercari-cari calon paling sesuai untuk dilantik sebagai kapten pada musim ini.
 
Tiga nama pemain berpengalaman kini berada dalam pertimbangan Badrul Afzan untuk dipilih sebagai ketua pasukan.

Mereka adalah Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni, Careca, dan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin.

3007 SKN KT TFC SEDIA 1Sebelum sepak mula Liga Super, TFC akan berdepan satu lagi perlawanan persahabatan menentang The Real Warrior - Foto TFC

TFC bakal menentang pasukan The Real Warrior, pada 2 Ogos ini pada aksi perlawanan persahabatan terakhir mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Pembukaan musim 2025-2026 bagi TFC akan dimulakan dengan menentang Penang FC dalam perlawanan Liga Super yang dijadualkan 10 Ogos ini.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK