fb fb fb fb fb

Coco Gauff terpaksa bergelut sebelum mara ke pusingan ketiga

Coco Gauff mara ke pusingan ketiga Terbuka Kanada 2025 - Foto AFP

MONTREAL, 30 Julai - Pemain pilihan utama, Coco Gauff, terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan rakan senegara Danielle Collins dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan pada pusingan kedua Terbuka Kanada 2025.

3007 SKN COCO MARA KANADA OPEN 2Coco menumpaskan rakan senegara Danielle Collins - Foto AFP

Jaguh dari Amerika Syarikat itu terpaksa bertarung selama lebih dua jam, sebelum akhirnya mencatat kemenangan 7-5, 4-6 dan 7-6(2), sekali gus memastikan kemaraannya ke pusingan ketiga kejohanan WTA 1000 itu.

Coco yang juga juara Terbuka Perancis bulan lalu dan kini bergelar juara Grand Slam dua kali, berdepan cabaran sukar apabila mencatat 23 'double fault'.

Bagaimanapun, dia tetap tenang dan berjaya menyempurnakan perlawanan dengan satu servis 'ace' pada mata penamat dalam set penentuan.

3007 SKN COCO MARA KANADA OPEN 3Coco akan berdepan Veronika Kudermetova, di pusingan ketiga - Foto AFP

Dengan kemenangan ini, Coco akan bertemu wakil Rusia, Veronika Kudermetova, di pusingan ketiga.

Terdahulu Kudermetova menundukkan pilihan ke-29 kejohanan, Olga Danilovic dari Serbia, dengan keputusan 6-4, 6-2. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK