fb fb fb fb fb

Musetti, Rune lepasi pusingan kedua ATP Masters 1000 Kanada

Musetti menang 7-5, 6-1 ke atas pemain Australia, James Duckworth - Foto AFP

TORONTO, 30 Julai - Pilihan ketiga kejohanan, Lorenzo Musetti, dan pilihan kelima, Holger Rune, masing-masing mencatat kemenangan meyakinkan untuk mara ke pusingan ketiga ATP Masters 1000 Kanada 2025 selepas aksi pusingan kedua.

Musetti dari Itali menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dengan kemenangan straight-set 7-5, 6-1 ke atas pemain Australia, James Duckworth.

Pemain berusia 23 tahun itu akan berdepan pilihan ke-23 dari Amerika Syarikat, Alex Michelsen dalam pusingan ketiga.

3007 SKN MUSETTI KANADA OPEN 2Rune menewaskan Mpetshi Perricard, 7-6(7), 6-3 - Foto AFP

Sementara itu, Rune yang baharu kembali daripada kecederaan, menampilkan aksi mantap dengan servis bertenaga dan kawalan permainan yang kemas untuk menewaskan wakil Perancis, Giovanni Mpetshi Perricard, 7-6(7), 6-3.

Lawan seterusnya buat pemain Denmark itu ialah seorang lagi pemain Perancis, Alexandre Muller.

3007 SKN MUSETTI KANADA OPEN 3 Alexei Popyrin menang ke atas Nicolas Arseneault 7-6(7), 6-3 - Foto Reuters

Dalam aksi lain, pemain Australia Alexei Popyrin menunjukkan dominasi apabila meledakkan 26 pukulan kemenangan untuk menyingkirkan 'wildcard' tuan rumah, Nicolas Arseneault, dengan keputusan 7-6(7), 6-3 dalam tempoh lebih 90 minit.

3007 SKN MUSETTI KANADA OPEN 4.JPGKhachanov menewaskan Juan Pablo Ficovich 6-4, 6-2 - Foto Reuters

Turut mara ialah pilihan ke-11 dari Rusia, Karen Khachanov, yang tidak berdepan banyak tentangan apabila mudah menewaskan pemain Argentina, Juan Pablo Ficovich, 6-4, 6-2.

Khachanov bakal bertemu pemain kelayakan dari Amerika Syarikat, Emilio Nava, di pusingan ketiga. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK