fb fb fb fb fb

Selamat datang ke JDT, Teto!

Pemain dari Sepanyol, Teto Martin kini milik JDT - Foto Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 30 Julai - Pasukan Harimau Selatan diperkuatkan lagi dengan pemain sayap muda dari Sepanyol, Alberto Martin Diaz atau Teto.

Pengumuman rasmi mengenai pemain baharu berusia 23 tahun itu dibuat menerusi hantaran di laman sosial Johor Southern Tigers, semalam.

3007 SKN JDT SAMBAR TETO 3Teto bermain di La Liga 2 bersama kelab Tenerife sejak 2021 - Foto Johor Southern Tigers

"Pemain tengah muda dari Sepanyol milik kami.

"Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim FC, Teto!" menurut hantaran itu.

Teto bermain di La Liga 2 bersama kelab Tenerife sejak 2021 dengan 91 penampilan dan enam gol serta turut membuat enam penampilan di Copa del Rey.

Pemain muda berbakat itu akan memakai jersi nombor 20 dan dijangka bermain di posisi sayap kanan.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK