fb fb fb fb fb

TFC sahkan slot ke Piala AFC musim depan

(Penyerang TFC, Kipre Tchetche meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Super 2022
menentang Kedah FC, malam tadi/ Foto BERNAMA) 

ALOR SETAR, 16 Oktober - Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) mengesahkan slot ke Piala AFC musim depan selepas menutup kempen Liga Super 2022 di tangga kedua dengan 44 mata.

TFC berjaya memintas Sabah FC selepas menundukkan Kedah FC 3-1 pada perlawanan terakhir di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Pemain sayap TFC, Faisal Halim meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit keempat.

Penyerang sensasi, Kipre Tchetche meletakkan TFC selepas di hadapan pada minit ke-16 selepas menerima lorongan Manuel Ott.


(TFC sahkan slot ke Piala AFC musim depan/ Foto TFC) 

Bersambung babak kedua, Tchetche mencetak gol peribadi kedua pada minit ke-74 hasil hantaran Faiz Nasir.

Gol saguhati tuan rumah berjaya diperoleh pada minit ke-88 menerusi percubaan pemain import, Dechi Marcel.

Tiada sebarang tambahan gol terhasil sehingga tamat perlawanan, Kedah menamatkan saingan di tangga kelapan liga apabila tewas lima perlawanan sebelum ini.

Media Baharu